close button

close button

Hasrat Mahu Tuntut BR1M Bertukar Tragedi

http://speakerpecah.blogspot.com

KULAIJAYA - Hasrat seorang pekerja buruh binaan untuk mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya, di sini semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi, berhampiran lampu isyarat di Kilometer 29 jalan Johor Bahru-Air Hitam yang membabitkan enam kenderaan termasuk empat kereta, satu lori dan sebuah jentolak.

Ketika kejadian, mangsa, Rahmat Manal, 45, dikatakan dalam perjalanan bersama isterinya dari kediaman mereka di Taman Dawani, Senai untuk menuju ke Dewan Raya kulai bagi menuntut BR1M berjumlah RM500.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada lori yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun yang gagal mengelak lalu melanggar bahagian kereta yang dipandu mangsa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Pelanggaran itu kemudiannya menyebabkan lori dan kenderaan mangsa terbabas ke hadapan dan melanggar empat kenderaan termasuk jentolak yang berada di hadapan.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduknya dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya patah pada bahagian jari kaki namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Menurut Zulkefly, pemandu lori berkenaan turut mengalami kecederaan ringan dan telah ditahan manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, pemandu jentolak yang hanya mahu dikenali sebagai Zul berkata, lori yang melanggar kenderaan mangsa dipandu dalam keadaan laju dan turut memintas beberapa kenderaan lain sebelum kejadian berlaku.

“Kejadian ini menyebabkan tayar jentolak pecah pada bahagian kanan hadapan dan mengalami kerosakan akibat hentaman yang terlalu kuat.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Malah pelanggaran berkenaan turut menyebabkan lori berkenaan ternaik di atas kenderaan mangsa dan terpaksa ditarik menggunakan kren untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Menurut Zul, beliau bersama beberapa penduduk yang berada di kawasan sekitar turut membantu mengeluarkan isteri mangsa yang masih hidup sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam pada itu, majikan mangsa yang ingin dikenali sebagai Roslan berkata, mangsa meminta kebenaran cuti daripadanya untuk mengambil wang BR1M dan mahu pulang ke kampung halamannya di Pontian.

“Dia telah bekerja selama dua tahun bersama saya dan setahu saya dia merupakan seorang pemandu yang cermat dan tidak gemar memandu laju.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kemalangan yang menimpa Rahmat amat mengejutkan saya, tambahan pula kami baru sahaja bertemu dua hari lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang pelik,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.