close button

close button

Forex Haram Bagi Umat Islam


Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa sistem tukaran wang asing menerusi internet (forex) adalah haram bagi umat Islam yang menyertainya. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara jawatankuasa fatwa didapati urus niaga berkenaan tidak memenuhi syariah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya menyeru kepada umat Islam supaya tidak perlu menyertainya perniagaan Forex ini sehingga sekarang ia adalah haram. Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau juga memberitahu, individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, pertukaran menerusi bank dengan bank secara rasmi adalah halal untuk disertai dan umat Islam digalakkan untuk menyertainya.

Di samping itu, beliau berkata masih ada yang tidak berpuas hati walaupun pihaknya memutuskan pelaburan menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita membuat kajian dan pihak bank juga memberikan penjelasan yang meyakinkan di samping penambahbaikan mengikut sistem mudarabah.

"Majlis Fatwa Kebangsaan juga turut berpuas hati dan tidak meragui sistem terbabit dan pelabur harus mendapat pulangan seperti diterima sekarang," katanya.



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.