close button

close button

Ferguson: Suarez Telah Memalukan Liverpool (2 Video)

http://speakerpecah.blogspot.com

MANCHESTER - Luis Suarez dianggap telah memalukan kelabnya. Pada awal siaran, Suarez dirakam bertindak tidak mahu bersalaman dengan penyerang Manchester United, Patrice Evra, dan kini dia juga dikatakan tidak layak bergelar seorang pemain profesional dan berakasi bersama kelab itu selepas ini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Demikian tegas pengurus Manchester United, Alex Ferguson selepas pemain Uruguay itu menunjukkan sikap langsung tidak profesional dan kebudak-budakan.

Dalam perlawanan kelmarin di Old Trafford, Liverpool terpaksa akur dengan kekalahannya selepas kelab tersebut dibelasah 1-2 oleh Manchester United sekali gus menambah malu kepada Suarez.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tanpanya, Liverpool masih mampu mencatat kemenangan 2-1 pada saingan Piala FA lalu sekaligus membuktikan dia tidaklah sehebat mana seperti yang digembar-gemburkan.

Kelmarin merupakan pertembungan kedua-dua pasukan selepas Suarez dikenakan hukuman penggantungan lapan perlawanan kerana didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Evra di Anfield, Oktober tahun lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam perlawanan kelmarin, Suarez dilihat hanya memandang permukaan padang (ke bawah) sebelum bertindak tidak mengendahkan salam yang beberapa kali dihulurkan Evra.

"Suarez telah memalukan Liverpool. Dia sepatutnya tidak layak beraksi bersama The Reds selepas ini.

"Apa yang dilakukan Suarez memang tidak masuk akal," kata Ferguson.

Menurut Ferguson, Evra memberitahunya sebelum perlawanan bahawa dia tidak kisah bersalaman dengan Suarez dan melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tetapi sebaliknya pula berlaku. Suarez patut malu pada dirinya sendiri," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengurus Liverpool, Kenny Dalgish begitu pun mempunyai jawapan tersendiri mengenai insiden itu.

"Kamu patut tanya Suarez sendiri, bukannya saya.

"Saya tidak nampak apa sebenarnya yang berlaku pada ketika itu, cuma tidak adil mahu menyalahkan Suarez semata-mata kerana isu remeh seperti ini," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Suarez yang berjaya meledak satu gol dalam perlawanan itu begitu pun masih tidak cukup untuk membantu pasukannya yang tewas menerusi dua jaringan cantik Wayne Rooney.

Insiden antara Suarez dan Evra:

Full Video

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.