close button

close button

Farah Asyikin Mula Bertudung (4 Gambar)


Semakin ramai artis wanita tempatan kita mengambil keputusan untuk bertudung. Pada Maulidur Rasul lalu, Ana Raffali telah mula bertudung, kini giliran penyanyi popular dengan lagu "Hello", Farah Asyikin pula bertudung. Alhamdulillah.
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
Bercerita pada saat-saat dia ingin memakai tudung ketika selesai melakukan solat sunat taubat pada 12 Februari lalu, Farah Asyikin menjawab:


“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesama kita. Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selesai menunaikan solat taubat nasuha.

“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan.

“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat”
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang 

“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik”

 Diharapkan penghijrahan ini dapat memberi sinar baru kepada kehidupan Farah Asyikin. Artis wanita lain bila lagi ?
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com
 
sila lawat http://speakerpecah.blgospot.com

Sumber: Selebriti Malaya

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.