close button

close button

Fakri: Dia Siku Saya Dahulu

http://speakerpecah.blogspot.com

“Dia (Higa Yusuke) yang siku saya terlebih dahulu, tambahan pula ketika itu wisel penamat sudah pun ditiupkan. Spekulasi yang mengatakan saya sengaja membuat provokasi kepada pemain Jepun semata-mata mahu mempengaruhi pengadil melayangkan kad merah kepada mereka sememangnya tidak benar sama sekali."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Demikian penjelasan pemain skuad Olimpik negara, Ahmad Fakri Saarani yang dilihat bertikam lidah dengan beberapa pemain Jepun termasuk Yusuke sebaik sahaja pasukannya tewas 0-4  dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin (Rabu).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ekoran kejadian itu, Fakri, 22, kini teruk dikecam peminat bola sepak tempatan terutama di laman blog dan laman sosial Facebook yang menyifatkannya tidak mempunyai semangat kesukanan.

Difahamkan, sebelum ini, penyerang Felda United itu juga sering menjadi mangsa cemuhan peminat gara-gara gagal mempamerkan aksi memberangsangkan setiap kali mewakili pasukan kebangsaan.

Mengulas lebih lanjut, Fakri yang mengakui lebih selesa beraksi di bahagian tengah memberitahu, dia bukannya sengaja menyerbu Yusuke selepas kejadian itu.

“Saya hanya mahukan penjelasan pemain itu berhubung tindakannya mengasari saya walaupun perlawanan sudah tamat.

“Begitupun, dia sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya sehingga menyebabkan saya kurang sabar,” jelasnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, dia meminta maaf kepada para peminat bola sepak tempatan sekiranya tindakannya itu tidak seharusnya terjadi.

“Mereka (peminat) di luar padang mungkin tidak tahu cerita sebenar, jadi saya harap penjelasan saya dapat menjernihkan semula keadaan,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada perlawanan itu, Malaysia tumpas 0-4 ke atas Jepun selepas Hiroki Sakai, Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Manabu Saito masing-masing meledak satu gol but Jepun sekali gus menjadikan pasukan itu kembali menerajui rangkin teratas dalam Kumpulan C dengan mengutip 12 mata selepas pencabar terdekat, Syria dikejutkan Bharain dengan keputusan penuh 1-2.

Syria dan Bahrain kini berkongsi sembilan mata manakala skuad Olimpik negara kekal di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata sekali gus peluang untuk ke temasya olimpik London sudah pun tertutup rapat.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.