close button

close button

Denda Tidak Tutup Aurat Di Kelantan

http://speakerpecah.blogspot.com

KOTA BHARU - "Saya tidak tahu kalau pakai baju berlengan pendek salah di sisi undang-undang di Kelantan." Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Pembandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Remaja itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuat puntung rokok di kawasan terbuka serta tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima selain tidak menjaga kebersihan premis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Operasi pembersihan yang diketuai Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tengah hari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak menutup aurat dan berniaga di kaki lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah undang-undang kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan membuang puntung rokok di tempat terbuka di bawah Seksyen 10 (D) 1983 pindaan 1987.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Yang dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat, berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan oleh premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.