close button

close button

Buku Kanak-Kanak 'Where Did I Come From' Berunsur Lucah


KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemas kini Dasae Buku Negara 1998 kerana banyak aduan yang diterima mengenai isi kandungan buku-buku bacaan bagi kanak-kanak yang didapati mempunyai unsur lucah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, surat berkenaan juga adalah bagi mendapatkan penjelasan mengenai bagaimana buku sedemikian boleh terlepas pandang sedangkan inti pati serta ilustrasi dalam buku tersebut secara terang-terangan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, pihaknya akan menyerahkan surat bantahan kepada KDN untuk menyekat buku-buku yang diimport ke negara ini khususnya untuk bacaan kanak-kanak. Ini berdasarkan aduan yang diterima sejak setahun lalu di masa kebayakan buku untuk kanak-kanak mempunyai unsur lucah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kami sudah menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Pemuda Umno tampil demi kepentingan awam. Bagaimana Dasar Buku Negara 1998 yang dibuat begitu ‘cantik’ boleh tersasar hingga begini sehingga bahan bacaan begini boleh terlepas pandang, sedangkan ia secara terang-terangan berunsur lucah.

“Ia juga mudah didapati di kedai buku terkemuka dan diletakkan di bahagian kanak-kanak. Ia benar-benar melampau,” katanya kepada media, di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Muhd Khairun, sebuah buku bertajuk "Where Did I Come From" antara buku yang mengandungi inti pati serta gambar lucah dijual hampir 2 juta naskhah di pasaran dunia.

"Saya terkejut apabila melihat buku ini. Dari luar ia nampak seperti tiada apa-apa, tetapi setiap helaian buku ini mengandungi ayat dan gambar lucah.

“Kerana itu, kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan surat bantahan ini. Saya percaya, bukan hanya sebuah buku, malah pasti banyak lagi.

“Namun, kami bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak berwajib untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa,” katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jelasnya, mengikut laporan, jumlah dagangan buku diimport ke Malaysia mencecah RM3 bilion. Namun, penulis tempatan tidak tersenarai di dalam perkembangan ekonomi ini.

“Di Malaysia, ada lebih 5,000 penulis dan lebih 8,000 syarikat percetakan. Mengapa mereka ini tidak diberikan ruang secukupnya.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
 “Buku-buku dari luar negara ini kebanyakannya tidak sesuai dengan adat dan budaya negara ini. Jadi pemantauan perlu lebih dibuat bagi mengelakkan perkara ini terus merebak dan boleh merosakkan akhlak kanak-kanak.

“Selain ibu bapa, KDN perlu memainkan peranan maksima agar tidak ada lagi kes terlepas pandang seperti ini,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.