close button

close button

Budak Mati Diserang Virus H5N1 Di Pulau Bali

http://speakerpecah.blogspot.com

BALI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari pulau percutian popular, Bali menjadi mangsa terbaru wabak selesema burung yang kini sudah meragut empat nyawa di Indonesia pada tahun ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kanak-kanak itu pada mulanya mengalami demam pada 11 Februari lalu sebelum dimasukkan ke hospital  selepas lima hari kemudian, kata Ketua Kawalan Penyakit Berjangkit daripada Haiwan, Kementerian Kesihatan Indonesia, Rita Kusriastuti.

"Dia mengalami masalah semput dan akhirnya meninggal dunia Selasa lalu. Ujian makmal mengesahkan dia mati akibat virus H5N1," tambah Rita.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kebimbangan terhadap virus selesema burung itu kembali meningkat di Asia selepas China melaporkan kematian pertama akibat virus H5N1 dalam tempoh 18 bulan pada Disember tahun lalu.

Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Indonesia merupakan negara paling teruk terjejas dengan wabak H5N1 dengan 150 kematian direkodkan antara 2003 hingga 2011.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kementerian Kesihatan Indonesia dalam laman webnya menyatakan, seramai 154 orang meninggal dunia setakat ini sejak 2005 lalu.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.