close button

close button

Beli iPhone 4S, Dapat Berus Cat

http://speakerpecah.blogspot.com

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki terkejut apabila dia membuka sebuah kotak yang dikirim oleh sebuah syarikat yang kononnya penjual telefon bimbit mendapati di dalamnya hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa, Faizal Hussin, 41, yang juga seorang pengurus syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia telah menanggung kerugian sebanyak RM1,750 setelah ditipu oleh sebuah sindiket penjualan telefon bimbit yang beroperasi menerusi laman web.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila ditanya bagaimana ia berlaku, Faizal menjawab, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia mula tertarik dengan iPhone 4S yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

"Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon pintar berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.

"Telefon pintar berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari akan sampai kepadanya menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik serta telefon mainan," katanya.

Menurutnya, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di sekitar Muar, Johor.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya ke premis itu dan mendapati ia adalah rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk mendapatkan tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama," katanya.

Faizal bagaimanapun telah memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication dan Service dan nama pemegang akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Presiden TTPM, Maznah Haron kemudianya memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon pintar terbabit supaya mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Service pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah berkata, dia juga menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.


Sumber: Harian Metro Online

1 komen:

  1. alahai..kesian gila..itu laa..beli barang online nie kena berjaga2...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.