close button

close button

Bayi Dilahirkan Dengan Jantung Di Luar Di Surabaya

http://speakerpecah.blogspot.com

JAKARTA - Sepasukan doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangi kes seorang bayi yang dilahirkan dengan keadaan jantungnya berada di luar badan, suatu situasi yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bayi perempuan berusia 15 hari itu yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu lepas, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan keadaannya.

Media tempatan melaporkan bahawa bayi berkenaan yang bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, berasal dari Surabaya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr. Agus Harianto berkata, kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo.

Seorang dokotr pakar jantung, Yan Efrata Sembiring dilaporkan berkata, kelainan kelahiran itu sangat jarang berlaku iaitu nisbah 1:5,000,000 kelahiran bayi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi menangani kes seumpamanya, yang perlu dilakukan pada peringkat awal adalah mengelakkan organ yang berada di luar badan itu daripada terkena jangkitan. Setelah keadaanya bertambah baik, pasukan doktor akan segera melakukan pembedahan bagi menutup organ itu.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.