close button

close button

Banjir Kilat Luar Biasa Melanda Bandar Seremban

http://speakerpecah.blogspot.com

SEREMBAN -  Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar bandar Seremban petang semalam adalah sesuatu yang jarang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Walaupun hujan tidak sampai sejam, hampir semua kawasan di sekitar bandar itu dinaiki air dengan pantas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lebih memburukkan keadaan, apabila kawasan letak kereta bawah tanah di Wisma Umno turut dipenuhi air, termasuk beberapa buah kampung serta perumahan Sikamat serta Temiang.

Difahamkan, operasi KTM Berhad juga dikatakan tergendala berikutan landasan dinaiki air.

Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama di Kampung Nusun Nyiur dan Kampung Baru Sikamat, kira-kira jam 5.30 petang dan disusuli panggilan dari Wisma Umno Seremban.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Zakaria, seramai 11 anggota diarah ke lokasi terbabit berserta dua jentera bomba untuk membantu mengepam kaluar air.

"Semasa pasukan bomba tiba di Kampung Baru Sikamat, air sudah pun membanjiri kawasan berkenaan. Kerja mengepam air di kawasan terbabit perlu pantas dilakukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Manakala di sekitar Wisma Umno Seremban pulan, kami mengambil masa sehingga jam 9 malam untuk melakukan kerja mengepam air di kawasan parkir bawah tanah," katanya.

Zakaria berkata, setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumahnya di kuarters KTMB akan dinaiki air dan dipenuhi dengan tanah lumpuh.

"Saya sudah biasa, malah setiap kali hujan mula turun, saya dan anak bersiap sedia mengemas barang kerana tahu rumah pasti akan dilanda banjir.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Walaupun saya mempunyai rumah lain di Sikamat, namun disebabkan beberapa masalah dalaman saya terpaksa juga duduk di rumah ini," katanya lagi.

Menurut seorang penduduk di situ, Mohd Rahmat Ismail, 25, berkata, kejadian berlaku semasa dia dan keluarga sedang berehat di ruang tamu.

Mohd berkata, sebaik sahaja hujan turun, dia sudah menjangkakan rumahnya pasti akan dinaiki air berikutan kawasan di rumah kuarters lama KTMB sudah sinonim dengan banjir.

"Saya sudah bersedia dan menerima apa sahaja yang berlaku kerana keadaan ini sudah dijangkakan.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa barangan elektrik yang tidak sempat diselamatkan dan rosak terkena air," katanya lagi.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.