close button

close button

Azean Irdawaty Minta Peminat Mendoakannya

http://speakerpecah.blogspot.com

Pelakon popular, Azean Irdawaty merayu kepada peminat dan orang ramai supaya mendoakan beliau agar cepat sembuh daripada penyakit yang dialaminya kini. Beliau merayu kepada orang ramai untuk memberikannya 'hadiah' sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada Isnin (semalam) dengan mengadakan solat sunat hajat untuknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pelakon primadona ini berkata, keadaan kesihatannya menjadi semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.


“Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Isnin

Dalam SMS itu, Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tambah Azean, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

"Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat),” pintanya.

Sementara itu, laman mStar Online memaklumkan beberapa rakan artis berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid sebagai memenuhi keinginan seniwati tersebut selain berharap kesakitan yang dialaminya itu beransur pulih.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.