close button

close button

Astro Tawar Hafiz AF Berlakon

http://speakerpecah.blogspot.com

Selepas berjaya menjulang trofi kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) baru-bari ini, penyanyi popular dengan lagu "Awan Nano", Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Moh Suip khabarnya telah ditawarkan untuk berlakon filem oleh pihak Astro.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Naib Presiden Perniagan Melayu Astro dalam ucapannya ketika di majlis kesyukuran yang diadakan sempena kejayaan "Awan Nano" di AJL26. Apabila ditanya kepada Hafiz mengenai hal ini, dia sendiri mengakui telah ditawarkan untuk berlakon oleh pihak terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Perkara  ini masih lagi dalam perancangan. Bukannya tak nak mencuba, tapi saya sebenarnya tak pandai berlakon. Tapi jika ada tawaran filem, memang saya nak mencuba. Namun, setakat ini memang belum ada lagi tawaran," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hafiz yang sebelum ini pernah muncul dalam telefilem "Langkah Bendul" dari siri "Kau&Aku" menyifatkan bidang lakonan memerlukan penghayatan yang mendalam bagi memberikan impak lakonan yang berkesan.

"Bagi saya, membintangi filem ini satu benda yang besar. Apa yang boleh saya beritahu, berlakon memang sesuatu yang menarik dan seronok bila kita dapat mencuba. Namun, jiwa saya masih ke arah bidang nyanyian. Jadi bagi saya, berlakon ini nanti sajalah," katanya lagi.

Hafiz juga turut berhasrat untuk membawakan watak budak nakal andai diberikan tawaran berlakon satu hari nanti.



Sumber: GUA

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.