close button

close button

Apex Pemain Pertama Negara Pasang 'Bodyguard'

http://speakerpecah.blogspot.com

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan yang pertama menggunakan khidmat pegawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau juga dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbulnya pelbagai isu negatif terhadapnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bapa Apex, Che Ma Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Apex menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang menyatakan Apex menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

"Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti (semalam)," katanya.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun Twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Apex merampas tunangan orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertungan itu bagi menjalinkan hubungan dengan Apex.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Apex dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan selama 28 hari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

"Saya sebagai bapa sangat sedih mengenangkan nasib yang menimpa anak saya itu (Apex), bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini Apex dikaitkan dengan isu minum arak, sehingga ada pihak yang menganggap anak saya kaki minum.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam mengahadapi dugaan seperti ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resource (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Moh Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apex perlu memandangkan beliau kini idola bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau ini (Asia).

"Dengan adanya khidmat ini, ia bukan bermakna peminat Apex tidak boleh mendekati mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apex dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali Apex turun beraksi.

Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apex keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari laman sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalayisia.org atau mendapatkan maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.

"Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya dia tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif,"



Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.