close button

close button

Ani Mayuni: Saya Tiada Niat Nak Tuntut Cerai

Gosip berkaitan [Ani Mayuni Cedera Selepas Suami 'Naik Hantu']

http://speakerpecah.blogspot.com

Penyanyi dangdut, Ani Mayuni memberitahu bahawa dia tiada niat mahu menuntut cerai walaupun telah membuat laporan polis susulan dia dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi, pada 2 Februari lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, menjelaskan, dia tidak pernah terfikir untuk melaporkan kejadian itu kepada polis kerana enggan memperbesarkan keadaan tetapi dinasihatkan berbuat demikian agar boleh membuat pemeriksaan perubatan secara terperinci.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selepas kejadian saya dipukul pada waktu pagi itu, saya perlu mendapatkan rawatan segera kerana pada sebelah petangnya pula saya perlu menghadirkan diri dalam satu undangan persembahan. Risau juga kalau tak boleh nak menyanyi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tetapi atas nasihat doktor, saya perlu membuat laporan polis supaya dapat membuat pemeriksaan sepenuhnya. Jujur saya katakan, apa yang dilakukan itu bukan kerana niat untuk bercerai," katanya.

Sebuah akhbar harian tabloid melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya yang juga merupakan bekas anggota muzik Arrow dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur. Dalam laporan media tersebut, penyanyi itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membelikan sarapan pagi.

Bagaimanapun, Ani menafikan bahawa dirinya ditendang seperti yang digembar-gemburkan di media, sebaliknya hanya dipukul selepas bertengkar.

"Ada beberapa kenyataan salah berhubung kejadian yang berlaku. Suami saya bukannya menghentak kepala dan terajang saya seperti yang dilaporkan.

"Sebenarnya, pertengkaran bermula sejak sehari sebelum kejadian dan biasalah ada bab-bab merajuk dan saling tak berpuas hati, tambah pula suami yang keletihan dengan kerja-kerja sehariannya, maka pergaduhan bertambah besar.

"Masing-masing ada ego dan kesilapan tersendiri. Cuma apabila ia dikeluarkan di dada-dada akhbar, ia menjadikan isu itu semakin rumit  dan habis seluruh keluarga cuba masuk campur.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sedangkan saya minta kepada media yang menemu bual saya supaya tidak memanipulasi kenyataan sebenar kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan."katanya.

Dalam pada itu, dia juga sedih apabila individu yang turut masuk campur tentang hal rumah tangganya agar dia dan suaminya dapat dipisahkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Buta masa ini, saya tinggal di rumah adik saya. Bagi keadaan reda dahulu, barulah saya pulang ke rumah. Maklumlah, bila dah ada yang campur tangan keluarga lain sikit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Suami pula ada datang menjenguk saya dan anak-anak dan kami saling meminta maaf. Apa-apa pun, semua keputusan terletak pada suami andai kata dia ingin berpisah. Setakat ini, reaksi yang diberikannya tidak ke arah itu, Insya-Allah," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Wirda Viviana, 7, Wirna Airisya, 3, dam Muhammad Emir Oezil, 2.



Sumber: mStar Online

1 komen:

Powered by Blogger.