close button

close button

Anak Amir Ukay's Meninggal Dunia

http://speakerpecah.blogspot.com

Belum pun reda kesedihan tentang pemergian penyanyi popular pada era tahun 70-an, Allahyarham Latiff Ibrahim, kini berita lain pula menyusul. Vokalis kumpulan Ukay's, Amir Ukay's kehilangan seorang anak lelakinya, Muhammad Imran, 15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihadapi sejak kecil.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut penyanyi itu, anaknya menghembuskan nafas terkahir ketika waktu solat Maghrib semalam (Selasa), ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Namun, saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Menurut Amir, Imran tinggal bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu. Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jelas Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tiada penawarnya, malah penyakit itu bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.

Menurutnya, Imran juga sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jenazah Imran dikebumikan malam tadi (Selasa) di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr. Ismail.

Difahamkan juga, penyanyi itu mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran.


-AL-FATIHAH-


Sumber: Sinar Harian

1 komen:

  1. setiap yg hidup pasti akan mati.

    http://cerciterpanas.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.