close button

close button

Almy Nadia Terkena Air Kencing Puntianak ?

http://speakerpecah.blogspot.com

Seorang pelakon popular dengan drama Dunia Baru, Almy Nadia didakwa dirinya telah terkena air kencing puntianak sewaktu sesi penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya menjadi bengkak dan menggerutu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional."
“Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

Insiden ini terjadi sewaktu dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya sebelum dia terkejut melihat wajahnya yang berubah secara tiba-tiba.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Almy berkata, ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tidak cukup dengan itu, selepas seminggu wajahnya kembali normal, Almy sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak ketika menjalani sesi  penggambaran yang sama pada minggu lalu.

“Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini,”

Diharapkan teman wanita Fizz Fairuz ini cepat sembuh dan terhindar daripada ancaman makhluk halus.



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.