close button

close button

Akidah - Ihsan Majikan

Majikan perlulah ada sifat bertimbang rasa.

Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
Layanan terhadap orang gaji atau pekerja bawahan dilakukan dengan membayar gajinya sebelum keringatnya kering, tidak membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak sanggup dilakukannya, menjaga kehormatannya dan menghargai kebaikannya. Dia juga hendaklah ia diberi makan dari apa yang kita makan dan diberi pakaian sebagaimana yang diperlukan. Manakala hadith di atas memberikan kita pengajaran bahawa dalam diri seorang majikan itu juga tidak sepatutnya ada sifat angkuh dan sombong kerana dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Umar bin Abdul Aziz berkata kepada hamba sahaya perempuannya, Kipaslah aku sampai aku tertidur. Lalu, hambanya pun mengipasnya hingga ia tertidur. Kerana sangat mengantuk, hamba itu juga tertidur. Ketika Umar bangun, beliau mengambil kipas tadi dan mengipas hamba sahayanya. Ketika hamba sahaya itu terbangun, maka ia pun terkejut mendapati tuannya melakukan hal tersebut. Umar kemudian berkata, Engkau adalah manusia biasa seperti diri ku dan berhak mendapat kebaikan seperti halnya aku, maka aku pun melakukan hal ini kepada mu, sebagaimana engkau melakukannya pada ku. Demikianlah contoh yang harus ada bagi seorang majikan yang berhati mulia dan bertimbang rasa.
Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.