close button

close button

Akhlak - Kaya Jiwa Elakkan Diri Meminta-minta

htp://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Daripada Abu Said Saad bin Malik bin Sinan al-Khidri RA katanya, “Ada beberapa orang sahabat di kalangan Ansar telah meminta (sedekah) kepada Rasulullah SAW. (Ansar ialah penduduk asal Madinah yang menerima kedatangan Rasulullah dan membantunya.) Maka diberi oleh Rasulullah SAW. Kemudian mereka meminta lagi dan diberi lagi oleh Rasulullah SAW sehingga habis apa yang ada padanya.”
  sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada mereka, “Apa jua kebaikan yang ada di sisiku tidak akan kusembunyikan daripada kamu. Sesiapa yang hendak menjauhkan diri daripada kekejian (meminta-minta) dijauhkan Allah daripada kekejian itu, sesiapa yang inginkan kaya jiwanya dikayakan Allah dan sesiapa yang sabar menghadapi penderitaan diberi kesabaran oleh Allah. Dan tiada pernah seseorang itu diberi kurniaan yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
  1. Hadith ini menunjukkan kemurahan (sifat murah) Rasulullah SAW di mana junjungan memberikan apa sahaja tanpa disimpan untuk dirinya.
  2. Kekayaan sebenar bukan dengan pemilikan harta yang banyak, tetapi kaya jiwa yakni tidak menjatuhkan maruah diri dengan meminta-minta.
  3. Antara sifat dan akhlak Muslim sejati adalah memelihara kesucian atau maruah diri, tidak mengharapkan apa yang ada di tangan manusia dan bersabar atas segala kesusahan termasuk kefakiran.
  4. Setiap orang Islam dikehendaki bersifat pemurah dengan mencontohi Rasulullah SAW.
  5. Umat Islam hendaklah bersifat sabar kerana kesabaran adalah sebaik-baik kurniaan daripada Allah SWT.


Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.