close button

close button

Adira AF8 Jawab Isu Peluk Anjing


Tidak sampai 24 jam isu mengenai penyanyi Ombak Rindu, Adira AF yang dikatakan telah memeluk seekor anak anjing dengan mesra tersebar. Kini penyanyi tersebut telah tampil memberi penjelasan melalui mStar. Pada laman itu, Adira AF8 telah mengakui bahawa dia telah memeluk seekor anjing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut penyanyi itu, dia memang ada memeluk seekor anjing tersebut tetapi anjing itu bukanlah miliknya. Binatang itu sebenarnya adalah milik kepada ibu mertua kakaknya di Sabah yang berbangsa Cina. Dia juga mengatakan sudah menyamak selepas memeluk anjing berkenaan:

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.”

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.”

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar..”

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.”

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,”

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..”

Diharapkan semua pihak tidak lagi melemparkan fitnah kepada Adira AF8 lagi sekiranya telah mengetahui perkara disebaliknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.