close button

close button

2 Maut, 2,236 Dijangkiti Rotavirus Di Perak

http://speakerpecah.blogspot.com

TAPAH - Dua bayi berusia dua dan 10 bulan meninggal dunia manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali "Rotavirus" yang menyebabkan kes "Acute Gastroenteritis" (AGE).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut beliau, kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapatkan rawatan pesakit luar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sejak 27 Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 2.236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala selebihnya di Batang Padang.

Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular dalam kalangan pesakit luar berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.

Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daeran berkenaan, katanya.

Beliau berkata, kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.

"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit tleha diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel tersebut tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel tersebut mengandungi virus jenis Rota virus," katanya.

Beliau meminta penduudk di kedua-dua daerah tersebut mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak menularnya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit,  muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.