close button

close button

Ular Sawa Batik Baham 4 Ekor Ayam


TERENGGANU - Bunyi riuh dengan kokokan ayam di belakang rumah seorang penduduk di Felda Kerteh 2 membongkar penemuan mengejutkan apabila seeokor ular sawa batik gergasi berukuran 6.2 meter dan seberat 75 kg ditemui di dalam reban ayam, Selasa lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, beliau mengetui pasukan bersama lima lagi anggota segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum berjaya menangkap ular berkenaan sekaligus menjadikan ianya ular paling besar yang pernah ditangkap pasukannya setakat ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ramli, keadaan reptilia yang sangat agresif pada awalnya menyukarkan pihaknya untuk menjerat ular sawa terbabit.

Bagaimanapun, selepas berhempas pulas bersama lima anggotanya, ular tersebut akhirnya tewas selepas 10 minit kemudian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.45 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian. Setelah reban ayam diperiksa, kami lihat ada seekor ular sawa batik sedang melingkar. Turut ditemui dalam reban itu ialah empat ekor ayam yang telah mati.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Dengan keadaan fizikal ular sawa itu yang sangat besar, agak sukar untuk kami menangkapnya kerana reptilia itu masih agresif," katanya.

Namun, selepas berjaya ditangkap, ular tersebut tidak dapat dimasukkan ke dalam guni kerana saiznya yang agak besar dan menyebabkan pasukan tersebut meletakkannya di tempat letak barang di belakang kenderaan mereka.

"Kemudian, badan ular itu kami tindih dengan hos pemadam kebakaran dan hanya kepalanya sahaja tidak ditindih bagi mengelakkan ia bergerak dan lari," katanya lagi.

Ular tersebut kemudiaanya di bawa ke markas operasi Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya di Felda Kerteh 5 sebelum diserahkan kepada pihak Mini Zoo Kemaman beberapa jam kemudian.









Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.