close button

close button

Spesis Ikan Unik Ditemui Dalam Bubu

Spesis ikan unik yang mempunyai 3 bahagian berlainan.


KUALA BERANG - Penduduk Kampung Machang di sini gempar apabila bubu yang dipasang seorang penoreh getah di Sungai Machang minggu lalu, dimasuki seekor ikan daripada spesis yang tidak diketahui.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut pemilik ikan itu, Wahab Awang Ahmad, 53, sejak kejadian minggu lalu, rumahnya tidak putus-putus dikunjungi penduduk kampung yang mahu melihat sendiri ikan berkenaan yang dipeliharanya di dalam sebuah akuarium di rumahnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Wahab, ikan berkenaan begitu unik kerana badannya seperti tiga jenis ikan yang berlainan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jika dilihat dengan terperinci, kepala ikan ini menyerupai ikan haruan, separuh badannya pula seperti belut berwarna kekuningan di bahagian perutnya, manakala separuh badan lagi hingga ke hujung ekor seperti ikan keli," katanya.

Sekali imbas, ikan berkenaan hampir menyerupai spesis ikan tilan, namun yang membezakannya ialah kepala dan mulut ikan itu yang tidak pula berbentuk tirus atau runcing seperti ikan tilan atau belut.

Difahamkan, bahagian badan ikan berkenaan tidak terdapat duri atau sengat.

Wahab berkata, sejak ditemui, badan ikan berkenaan kelihatan semakin berisi walaupun tidak diberi makanan.

"Saya sudah beri udang dan anak ikan, tetapi ia lanngsung tidak mahu makan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, sejak ikan yang sepanjang 90 sentimeter itu dibawa pulan ke rumah, tiada perkara ganjil yang berlaku dalam keluarganya.

Wahab menceritakan bahawa dia bersama anaknya, Zawai, 26, turun ke Sungai Machang untuk mngambil bubu yang dipasang sehari sebelumnya, kira-kira jam 8.30 pagi seminggu lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika saya mengangkat bubu berkenaan, saya mendapati salah seekor ikan yang terperangkap didalamnya itu kelihatan pelik sekali.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada mulanya kami menyangkakan ianya belut, tetapi apabila diperharikan secara dekat, rupanya tidak seperti belut dan tidak dapat dikenal pasti sehingga hari ini.

"Kami kemudian memutuskan untuk membawanya pulang bersama tangkapan lain yang turut berada dalam bubu berkenaan," katanya lagi.

Menurut Wahab, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat ikan seperti itu.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.