Jan 10, 2012

Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh Rozana





KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan di sini didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan membunuh teman wanitanya dengan menikam sebanyak 15 kali di Kepong, bulan lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Tertuduh. Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, didakwa bersama rakanya, Muhammad Zal Haziq, 23, yang telah membunuh kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, di rumah kedai No. B-010-15F, Jalan Puncak Desa 2, Kepong, kira-kira jam 1.45 pagi pada 21 Disember lepas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mreka akan berhadapan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama jika disabitkan bersalah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mahkamah menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia dan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Blog Speaker Pecah sebelum ini ada melaporkan tentang kes penemuan mayat Rozana yang ditikam sebanyak 15 kali di kediamannya selepas dipercayai bermotifkan samun.




Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment