close button

close button

Pemandu Maut Selepas Langgar Pokok


KOTA BHARU - Seorang pemandu lelaki maut manakala dua penumpang cedera apabila kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok berhampiran Jambatan Kampung Baung, di sini semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa,Wan Hezlen Wan Ariffin, 35, maut ditempat kejadian sementara dua penumpang, Norlidiana Noor, 24 yang duduk di bahagian hadapan serta adiknya yang duduk di belakang, Norsyamimie Noor, 12, yang cedera dan kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pemandu kereta berkenaan Wan Hazlen maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Penumpang kereta berkenaan yang berada si sebelah tempat duduk pemandu, Norlidiana cedera di bahagian kepala dan lutut, manakala adiknya pula, Norshamimio yang berada di bahagian belakang mengalami kecederaan di mulut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kereta yang dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa dipercayai hilang kawalan dan melanggar simen pengadang di bahu kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

Menurut Azham, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Noor Hisyam Daur, 36, berkata, ketika kejadian dia sedang menjamu selera bersama kelaurga di kediamannya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah luar rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan berkenan tersebut.

Menurut Hisyam, akibat terkejut dengan bunyi dentuman itu, dia terus keluar untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

"Sebaik sahaja saya keluar, saya lihat sebuah kereta berwarna putih melanggar pokok sambil melihat orang ramai mengerumuni kawasan kejadian," katanya lagi.







Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.