close button

close button

Pelanggan Terima Hidangan 'Bulu Ayam Bersalut Tepung'


BUKIT MERTAJAM - Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati selepas dia menemui bulu ayam pada hidangan makanan yang dibelinya dari sebuah restoran terkenal, di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ismail Halim, 45, berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke restoran berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam Jumaat lalu dan memesan beberapa jenis hidangan termasuk hidangan ayam tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ismail, dek kerana sudah kekenyangan, dia membuat keputusan untuk membungkus hidangan ayam itu untuk dibawa pulang ke rumah dan tidak mengesyaki apa-apa kerana ayam tersebut disalut dengan tepung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Keesokan harinya (Sabtu) kira-kira jam 12 tengah hari, isteri saya, Rosmawati Mustafa, 45, megeluarkan hidangan ayam tersebut untuk dimakan.

"Alangkah terkejutnya ketika menghancurkan cebisan tepung itu, dia mendapati bulu ayam sepanjang setengah inci masih melekat pada daging ayam itu, lalu menunjukkannya kepada saya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ismail berkata, dia bertindak menghubungi restoran berkenaan melalui nombor talian mudah alih yang tertera pada kotak bungkusan bagi memaklumkan penemuan itu. Tetapi, semasa dihubungi, kakitangannya mengambil insiden yang berlaku ini sebagai masalah remeh dengan meminta dia membawa ayam tersebut kembali ke restoran untuk ditukarkan dengan ayam baru.

Akibat tidak berpuas hati, Ismail kemudiannya menghubungi nombor pejabat pula setengah jam kemudian, dan sekali lagi, dia kecewa apabila mendakwa kakitangan itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ismail berkata, dia begitu kesal dengan pengurusan restoran yang seolah-olah bersikap lepas tangan dengan apa yang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, bukan soal wang yang difikirkannya kerana harag hidagan itu hanyalah sekitar RM14 sahaja, namun apa yang dituntut adalah permohonan maaf dari pihak restoran kepada keluarganya.

"Sebagai restoran yang terkenal, sepatutnya mereka perlu menjaga kualiti makanan yang dihidangkan," katanya.

Difahamkan, akibat insiden penemuan bulu ayam itu, isteri dan anak-ananknya menjadi loya dan trauma kerana masih teringat-ingat kembali. Malah, mereka dilihat sperti sudah serik untuk memakan hidangan itu lagi.

"Sehingga hari ini, tiada seorang dari pihak restoran itu menghubungi saya kembali untuk meminta maaf. Saya bukannya meminta ganti rugi, sebaliknya ingin dengar sendiri permohonan maaf dari mereka kepada isteri dan anak-anak saya," katanya.

Ismail menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menikmati hidangan di mana-mana restoran sekali pun dan menjadikan insiden yang berlaku pada keluarganya sebagai pengajaran.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.