close button

close button

Pelajar Kolej Maut Dikelar


GEORGETOWN - Seorang pelajar kolej mati dikelar dengan sebilah pisau pemotong kertas di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Krystal Point, Bayan Baru, malam kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai R Navitharan, 24, bersama teman wanitanya keluar dari pusat hiburan di situ selepas meraikan hari jadi teman wanitanya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hattan Md Zin berkata, mangsa yang masih dalam proses latihan amali sebagai chef bertindak menegur seorang lelaki yang cuba menyembunyikan enjin kenderaannya dan berlaku pertengkaran selama lima minit antara mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pergaduhan dikatakan sudah berlaku sewaktu mangsa dan suspek berada dalam premis berkenaan dan berlarutan sehingga di luar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mangsa kemudiannya didatangi seorang lelaki yang juga rakan suspek dengan menaiki kenderaan lalu bertindak kejam dengan mengelar mangsa menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri.

"Bagaimanapun, kita sudah mengambil keterangan daripada teman wanita mangsa dan percaya penahanan kedua-dua suspek akan dilakukan dalam masa yang terdekat. kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,' katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hatta berkata, mangsa mengalami kecederaan parah akibat kesan torehan di bahagian kepala, pergelangan tangan, perut, bahu, badan dan di bahagian belakang sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di sebuah hospita swasta di Bayan Baru kira-kira jam 5.15 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Sebior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, seorang lelaki bernama B Dharma Raj, 23, yang berasala dari Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak diminta tampil bagi membantu siasatan selanjutnya.

"Selain lelaki itu, pemilik kenderaan jenis Proton Satria bernombor plat ADW 6646 juga diminta tampil membantu polis bagi menyiasat kes bunuh ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat turut diminta bekerjasama bagi memudahkan siasatan dijalankan," katanya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.