close button

close button

Padah Ikut Arahan Penumpang (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi nyaris maut apabila dia terbabit dalam kemalangan mengakibatkan teksi miliknya remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di Lebuhraya Persekutuan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dia membawa seorang penumpang lelaki yang ingin ke Hotel Hilton di Petaling Jaya, namun sebaik tiba di simpang menghala Lebuhraya Sprint, tiba-tiba penumpang itu menyuruhnya masuk ke laluan berkenaan menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Safian, penumpang itu menyangka dia tersalah laluan dan menyuruh masuk ke Lebuhraya Sprint sedangkan untuk ke hotel berkenaan perlu melalui laluan menghala Universiti Malaya (UM).


"Akibat salah faham itu, saya gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengikut arahannya menyebabkan teksi saya terlanggar pembahagi jalan dan melambung sebelum terseret beberapa meter dalam keadaan terbalik.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Malah, sejurus selepas terseret, kenderaan saya turut terbakar namun mujur orang awam yang melihat kejadian itu membantu memadamkan kebakaran," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Safian berkata, sebaik api dipadamkan, dia dan penumpang terbabit dibawa keluar dan mujur kedua-duanya hanya cedera ringan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.


Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.