close button

close button

Ogy Serius Mahu Saman Johan ?


Adakah Fauziah Ahmad Daud benar-benar mahu mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak ? Ianya masih belum ada sebarang keputusan hitam putih lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jelasnya, pengakuan Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy dalam sebuah akhbar tempatan tidak lama dulu membayangkan tindakan saman itu akan diteruskan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beberapa perkara disebut Ogy berhubung cara lawak Johan sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24, November lalu itu yang menggunakan diri beliau sebagai bahan lawak dalam nada persendaan, dianggap biadap dan menjatuhkan maruah.

"Dia (Johan) memang biadap. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersendakan sesuka hati.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu," luahan Ogy yang dpetik daripada akhbar berkenaan.

Pada mengacarakan FFM ke-24 bulan lalu, Ogy mengatakan beliau terpaksa menunjukkan reaksi tenang sepanjang mengendalikan anugerah berkenaan meskipun menaruh rasa kecewa dengan kerenah Johan disebabkan mahu menghormati pihak penganjur.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kenyataan itu, turut menyentuh Johan seorang yang berbakat serta pandai berjenaka, namun tidak memandang serius akan kerjanya apabila tiba lewat semasa latihan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Johan ketika diminta memberikan komen mengenai tindakan undang-undang jika Ogy masih mahu meneruskannya, hanya menuggu langkah seterusnya.

"Saya tak mahu beri sebarang komen mengenai hal tiu dan sekiranya Kak Ogy masih mahu meneruskan samannya, saya tidak mampu menghalang meskipun saya berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

"Sewaktu mengacarakan FFM di penghujung tahun lalu, penerbit memberi kebenaran kepada kami sebagai pengacara untuk 'adlib' skrip agar persembahan lebih 'hidup' tetapi saya tidak menyangka gurauan saya dengan niat untuk berlawak mengguris hati Kak Ogy.

"Sewaktu isu ini hangat diperkatakan, saya pernah beberapa kali memohon maaf setiap kali memberi kenyataan kepada media," ulasnya lagi.




Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.