close button

close button

Nyaris Maut Kereta Langgar Tiang Lampu


KULIM - Dua remaja lelaki berusia lingkungan 20-an nyaris temui ajal apabila kereta jenis Nissan 120 Y yang dinaiki mereka merempuh tiang lampu di jalan utama ke Simpang Empat Taman Kenari kira-kira jam 10 malam, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut salah seorang mangsa, dia dalam perjalanan dari arah Hospital Lama menuju ke Taman Kenari.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dari Taman Kenari menuju ke Pekan Kulim menuruni bukit dalam keadaan laju.

Dek kerana mahu mengelak daripada dilanggar kereta berkenaan, mangsa cuba mengelak tetapi nasib tidak menyebelahi mereka selepas kereta yang dinaiki terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tiang lampu sehingga patah.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk manakala rakan mangsa yang berada di kerusi penumpang tersepit di tempat duduk.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang ramai dengan bantuan anngota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

Mangsa yang tersepit didapati mengalami kecederaan patah kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan kecemasan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa dimiliki oleh seorang wanita beralamat di Kelantan.

Ketua Polis Trafik Kulim, ASP Ismail Ayub berkata, terdapat beberapa jalan di sekitar Kulim harus diselenggara kerana ia terlalu curam dan membahayakan pengguna jalan raya.

Menurut Ismail, Simapng Empat Taman Kenari merupakan salah satu kawasan kemalangan yang paling kerap berlaku dan meminta orang ramai supaya memperlahakan kenderaan ketika lalu di kawasan itu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan stabil manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta yang dipandu mangsa telah dibawa ke balai polis Trafik Kulim untuk siasatan lanjut," katanya lagi.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.