close button

close button

Nahas Bas Ekspres Di Genting Sempah (2 Gambar)


BENTONG - Niat seorang penumpang bas ekspres mahu berpindah tempat duduk dari belakang ke bahagian hadapan bertukar tragedi apabila maut dalam nahas petang semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rizal Zaharon, 39, yang berasal dari Rumah Murah Peramu Jaya, Pekan menaiki bas ekspres kadri Kuala Lumpur ke Kuantan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd yusri Hassan Basri berkata, nahas berlaku di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak Melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori treler yang membawa muatan kayu kira-kira jam 4 petang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Yusri, bas ekspres dinaiki oleh 39 penumpang termasuk mangsa bersama seorang pemandu.


"Selepas menuruni kawasan bukit di terowong Genting Sempah, bas ekspres tersebut dipercayai terlanggar bahagian belakang lori treler itu.

"Akibat pelanggaran yang kuat itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan kiri tempat duduk penumpang tersepit," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

"Selain mangsa, sembilan lagi penumpang dan seorang pemandu dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan akibat kecederaan ringan," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, kes kemalangan ini masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.








Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.