close button

close button

Munakahat - Kasi VS Kahwin

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith: 
Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya:Rasulullah SAW pernah melarang ˜Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
Dewasa ini banyak sekali timbul gaya hidup baru yang tidak Islamik. Antaranya ialah mengelak daripada berkahwin hingga mendapat gelaran andartu (bagi wanita) ataupun gelaran bujang terlajak (bagi lelaki). Tetapi jika diteliti sebenarnya banyak faktor yang membuatkan seseorang itu terperangkap dalam situasi ini. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak berkahwin. Katanya; 'Mahu kahwin tapi tiada jodoh' atau ˜mahu kahwin tetapi tidak mampu kerana hantaran terlalu mahal' atau ˜takut hendak berkahwin bimbang didera atau dianiaya'. Ini merupakan antara jawapan yang dikemukakan apabila isu ini ditimbulkan kepada mereka yang berkenaan. Hakikatnya masyarakat sekarang ada yang menganggap bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata hanya untuk tujuan seks semata. Justeru ramai yang memilih jalan salah untuk melepaskan nafsu syahwat tanpa memilih jalan perkahwinan yang halal. Akibatnya timbullah pelbagai penyakit sosial seperti zina, lesbian dan homoseks yang menghalalkan perhubungan seks secara bebas. Bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat bahkan penyakit ini sudah menular pula kepada anak-anak remaja hingga lahirnya gelaran bohsia dan bohjan. Kemunculan bahan-bahan lucah di sana sini pula makin membiakkan lagi virus ini yang ternyata amat menggerunkan. Apa nak jadi dengan keadaan masyarakat kita sekarang? Pada zaman Rasulullah SAW, perkahwinan mahu dielak kerana bimbang akan menjejaskan masa untuk beramal ibadah hingga timbul keinginan untuk mengkasikan diri sendiri agar nafsu syahwat dapat dikekang selamanya. Namun hal ini dilarang dan sebaliknya Rasulullah SAW telah memberikan berbagai panduan supaya umatnya terhindar daripada perangkap nafsu yang menjadi senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia. Justeru, sama ada berkahwin ataupun tidak, apa yang penting ialah kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu!



Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.