close button

close button

Miera Leyana Tidak Mahu Berbaik Semula Dengan Shahrizal Jaszle

Pelakon popular Miera Leyana menganggap hubungannya bersama Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada di zon kritikal apabila pelakon lelaki popular dengan drama "Asmara" itu didapati telah berlaku curang terhadapnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Miera berkata, dia memperoleh bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya telah tertutup untuk berbaik kembali dengan pasangannya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sekarang ini, saya selese bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang di belakang saya.

"Hati saya bagai sudah tawar untuk berbaik semula dengannya selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketika ditanya adakah dia memberi peluang kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia berasa tawar hati dengan sikap Shahrizal yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memulihkan kemelut tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu lalu, sudah berkali-kali dia datang menunjuk dan meminta maaf tapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan masalah ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai mengharga kepercayaan saya selama ini ?" ujarnya lagi.

Miera berkata, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dala menentukan hubungan cinta mereka.

"Saya akui masih sayangkannya. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan, jika ada jodoh antara kami, saya akan terima seadanya," katanya.




Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.