close button

close button

Mengamuk Mahu Tuntut Hutang RM10


MASJID TANAH -  Dek kerana hutang sebanyak RM10 sahaja, sekumpulan remaja bertindak ganas dengan menyerang enam rakan yang sedang bersantai di rumah mereka di Kampung Seri Tanjung, di sini, awal pagi semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, kumpulan remaja berusia antara 17 hingga 25 tahun datang dengan menaiki beberapa buah motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Kenari dikatakan tidak berpuas hati dengan seorang daripada enam sahabat berkenaan yang berhutang RM10.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Salah seorang mangsa, Mohd Ridzuan Md Isa, 25, berkata, kumpulan terbabit datang membawa senjata tajam menyebabkan enam rakan berkenaan yang berada di luar lari masuk ke dalam rumah.

"Ketika kami cuba menutup pintu pagar, mereka terus menggegarkan pintu pagar dengan kuat sambil melibas senjata tajam di tangan mereka sehingga terkena pada salah seorang rakan kami.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selepas beberpa minit keadaan menjadi reda, kami berenam memberanikan diri membuka pintu pagar dan keluar meninjau keadaan sekeliling. Tiba-tiba, sebuah Perodua Kenari dinaiki tiga lelaki meluru laju di hadapan kami.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tidak lama selepas itu, kereta tersebut berpatah balik dan memenjut laju untuk merempuh kami yang berada di luar pagar, namun kami sempat mengelak dan menyebabkan kereta itu melanggar tembok sebelum terbalik," jelasnya.

Akibat kejadian itu, salah seorang daripada mangsa segera menghubungi polis yang tiba sejurus selepas itu.

Menurutnya, rakan mereka yang menghalang pintu pagar itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah akibat cedera parah di kaki dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudidin berkata, empat remaja berusia antara 18 dan 22 tahun ditahan, semalam dan direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapti ianya berpunca akibat salah faham dua kumpulan yang tidak berpuas hati bagi menuntut huang sehingga berlaku perbalahan," katanya.

Menurut Umar Ali, beberapa tangkapan lagi akan dijalankan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Rusuhan Bersenjata).




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.