close button

close button

Menara Big Ben Di London Condong



LONDON - Menara jam yang terletak di Istana Westminster dan digelar Big Ben dilihat sedikit condong manakala media tempatan kelmarin melaporkan bangunan Parlimen Britain pula semakin mengelincir ke dalam Sungai Thames, di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menara setinggi 96 meter itu yang menjadi mercu tanda bandar raya ini dilihat condong sekitar 46 seintimeter ke kiri puuncaknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perkembangan membimbangkan itu mendorong suruhanjaya Dewan Perwakilan yang bertanggungjawab menyelia bangunan Parlimen dan kawasan sekitarnya sejak kurun ke-19 mengadakan satu pertemuan pada Isnin depan bagi membincangkan isu tersebut.

Media tempatan melaporkan suruhanjaya berkenaan akan membincangkan laporan juruukur yang mencadangkan anggota-anggota Parlimen berpindah tempat manakala kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut dianggar mencecah $1 billion (RM4.8 juta).

Bagaimanapun, seorang jurucakap suruhanjaya itu menafikan terdapat laporan juruukur manakala pertemuan tersebut diadakan bagi menubuhkan satu kumpulan khas untuk menyelidik proses membaiki dan menyelia bangunan tersebut pada masa panjang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, jurucakap berkenaan memberitahu bahawa bangunan tersebut dipercayai condong sejak ia dibina pada tahun 1859 lagi.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengulas tentang isu sama, seorang pakar pembinaan pula berkata, perkara tersebut tidak membimbangkan kerana ia mengambil masa 1,000 tahun sebelum Big Ben condong pada sudut yang menyebabkan menara berkenaan berisiko untuk tumbang.




Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.