close button

close button

Maut Selepas Rempuh Pokok

http://speakerpecah.blogspot.com

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berbangsa India maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Skudai Kiri, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Charles G Patin, 34, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Singapura sebelum gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, mangsa maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mangsa yang berasal dari Sabah itu gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mayat mangsa dihantar ke HSA untuk tindakan lanjut dan saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil dengan menghubungi pihak polis atau mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkitan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang berlaku agar tidak mengganggu siasatan pihak polis.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.