close button

close button

Laman Megaupload Ditutup


MCLEAN (AS) - Baru-baru ini, salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta asal kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagi Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas utama Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan pegawai AS.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.

Yayasan Perbatasan Elektronik ynag mempertahankan hak kebebesan dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: "Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar minternet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan."

"Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya ?"
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Sayrikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan.







Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.