close button

close button

Kereta Ferrari Baru Paris Hilton (4 Gambar)


Pelakon popular Hollywood, Paris Hilton dilihat memandu kereta barunya, sebuah Ferrari merah berharga AS$280,000 (RM870,000).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pelakon berusia 30 tahun itu dilihat membawa kereta impian itu mengelilingi bandar Los Angeles,semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tetapi, si jelita 5 kaki 8 inci berambut perang itu dilihat mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.

Dia cuba untuk keluar dari keretanya dengan anggun tetapi gagal, malah kelihatan dia seolah-olah menunduk hormat.

Apabila berjaya keluar, dia terus berdiri tegak, tenang dan tidak lama selepas itu dilihat sedang berbual di telefon dan membeli belah.

Menurut sumber, Paris membeli kereta tersebut sebagai hadiah kepada dirinya sendiri untuk meraikan kemenangan pasukan MotoGP yang menang dalam pertandingan antarabangsa di Sepanyol.

Kereta "convertible" dengan hiasan dalam kulit berwarna coklat dan peralatan canggih di dalamnya, mempunyai 460 kuasa kuda.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, dia kini merancang untuk melelong kereta Bently merah jambunya yang terkenal itu, yang dilengkapi dengan hiasan dalam kristal dan hasil jualan akan didermakan.

Satu sumber berkata, "Oleh kerana kereta itu berwarna merah jambu, besar kemungkinan dia akan menderma untuk penghidap kanser payu dara. Neneknya hampir meninggal dunia kerana kanser itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Dia sekarang sedang mencari badan amal yang lain dan mahu memastikan banyak wang dapat disalurkan kepada badan amal itu."





Sumber: Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.