close button

close button

Jenazah Izwan Pilus Selamat Dikebumikan (2 Gambar)

Berita berkaitan [Izwan Pilus Meninggal Dunia Petang Jumaat]



JASIN - Jenazah penyanyi dan pengacara terkenal Izwan Pilus yang meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur semalam akibat jangkitan kuman pada paru-paru selamat dikebumikan di kampung halamannya di Jasin di sini, hari ini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Palembang Nyalas Kampung Gubah, Jasin kira-kira jam 11 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada masa pengebumian tersebut, turut dihadiri barisan artis tanah air termasuk peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz dan Akim serta tenaga kerja pengajar AF, Siti Hajar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut adik Allahyarham, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril yang merupakan bekas peserta AF 7, pemergian abangnya itu begitu dirasai malah seolah-olah seperti suatu mimpi.



"Sudah tiga tahun saya tinggal bersama arwah di Ampang ketika mula menceburi bidang seni dan sudah tentu saya rindu dengan gurau senda arwah... saya juga terkilan kerana tidak sempat merakamkan duet bersamanya walaupun perancangan itu sudah ada," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, Allahyarham Izwan Pilus yang merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakam album bertajuk 'Erti Kasih' pada 2006 dimasukkan ke Hospital Ampang pada awal pagi selepas mengadu sesak nafas.

Keadaan Allahyarham semakin tenat pada waktu petang sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut pada pukul 6.15 petang.












Sumber: Sinar Harian, Harian Metro Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.