close button

close button

Inikah Jejaka Idaman Ana Raffali ?


Dalam kesibukan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL26) membuat persiapan terakhir untuk beraksi di pentas akhir AJL26 Ahad ini, peminat dikejutkan dengan berita gembira bahkan ditunggu-tunggu, berita yang mengatakan bahawa Ana Raffali akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Disebabkan berita yang tersebar ini ramai pihak yang menghubungi Ana untuk mengetahui sejauh mana kesahihan perkhabaran gembira ini. Hasilnya, Ana dihubungi oleh portal hiburan GUA untuk mendapat pengesahan. Ana sendiri mengesahkan akan berkahwin pada bulan Februari depan bersama lelaki idamannya, Aznaim Abdullah yang dipercayai pengurus peribadinya sendiri.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Ana enggan lagi mengumumkan tarikh sebenar perkahwinan mereka buat masa sekarang kerana ingin memberitahu umum dengan mengadakan sidang media pada Selasa hadapan.

Berikut merupakan petikan Ana Raffali yang membuktikan perkawinan ynag tersebar ini adalah benar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu,” kata Ana.

Dalam masa yang sama juga, Ana mengakui yang dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Sekarang ini Ana tengah buat hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Selain itu Ana juga sudah memilih perancang perkahwinan dan pereka fesyen untuk majlis itu nanti. Tapi, biarlah nama mereka ini Ana umumkan minggu hadapan.  Takut nanti ada pihak yang berkecil hati kalau Ana ceritakan semuanya di sini. Lagipun, Ana hendak menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya lagi.



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.