close button

close button

Ibu: Fifi Masih Trauma Tentang Kejadian Semalam (4 Gambar)

Berita berkaitan [Lelaki Bogel Menjadikan Kanak-Kanak Tebusan Mati Ditembak (7 Gambar)]


KUALA LUMPUR - Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tebusan selama enam jam oleh seorang lelaki berbogel di rumahnya semalam, masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ibu mangsa, Santi Sugiono, 29, berkata, anaknya juga tidak dapat tidur lena apabila sering kali terjaga malam tadi (Isnin).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Fifi juga sekarang kurang bercakap. Tetapi saya tetap bersyukur sangat kerana dia masih selamat sehingga sekarang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Esok dia akan bertemu doktor pakar. cuma sekarang ini, doktor menasihatkan supaya jangan brcakap mengenai kejadian semalam," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Dalam kejadian semalam, Fifi berjaya diselamatkan setelah polis terpaksa melepaskan empat das tembakan mengenai rusuk kiri lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan disebabkan suspek terlalu agresif.

Fifi hari ini ketika ditemui hanya mendiamkan diri sambil membaca majalah yang dibawa oleh ahli keluarganya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dia hanya menganggukkan kepala dan tersenyum apabila ditanya mengenai keadaan dirinya.

Dalam pada itu, menurut Sunti, doktor turut menasihatkan agar dia sekeluarga tidak tinggal di rumah itu lagi.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagamanapun, katanya, dia tidak mempunyai saudara-mara lain dan mungkin akan mengecat semula rumahnya agar Fifi tidak teringat kembali peristiwa hitam itu lagi.

"Saya di sini sehelai sepinggang. Saya tak tahu nak pindah ke mana. Mungkin kami akan cat rumah semula dan berharap Fifi akan melupakan kejadian semalam walaupun saya tahu ia mengambil masa yang lama," katanya dalam keadaan kesedihan.

Gambar berkaitan:




Sumber: Sinar Harian, Mazidul Akmal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.