close button

close button

Dirempuh Dan Disamun RM200,000

http://speakerpecah.blogspot.com

NILAI - Dirempuh lalu disamun. Itulah yang terjadi kepada seorang pemilik stesen minyak yang menghadapi detik cemas apabila keretanya dirempuh kenderaan penyamun bersenjata yang sempat melarikan RM200,000 di Kilometer 287, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Bukit Mahkota, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang sedang memandu kereta jenis BMW dari Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), dalam perjalanan ke Bangi, apabila disamun di tepi lebuh raya berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang, berkata, mangsa pada ketika itu sedang membawa wang hasil perniagaannya untuk ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi.

"Mangsa yang memandu sendirian dilanggar oleh sebuah kereta jenis Lexus berwarna putih, dinaiki dua lelaki di kawasan Rehat dan Rawat Nilai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya meneruskan perjalanan.

"Sejurus tiba di Bukit Mahkota, sekali lagi kereta mangsa dilanggar oleh kereta yang sama dan kali ini mangsa memberhentikan kenderaannya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Yusoff, mangsa yang berusia awal 40-an, terus keluar dari kenderaan dan melarikan diri selepas melihat kedua-dua orang itu yang bertopeng, menuju ke arah kenderaannya dengan seorang daripada mereka membawa sebilah parang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mereka terus mangambil wang yang dari dalam but kereta.

"Kemudiannya, sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki du lelaki bertopeng tiba dan membawa kedua penyamun tadi bersama wang tersebut dan meninggalkan kereta Lexus di situ," katanya lagi.

Yusoff berkata, semua penyamun itu dipercayai dalam lingkungan 30-an.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa menyedari dia diekori lebih daripada dua kenderaan dalam kejadian itu, " katanya.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.