close button

close button

Datuk Siti, Aaron Ungguli Anugerah PPMH


SHAH ALAM -  Pelakon popular dengan filem "Ombak Rindu", Aaron Aziz telah memenangi dua kategori dalam majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain berjaya merangkul kategor Anugerah Selebriti Kacak, Aaron juga dikatakan telah memenangi kategori Anugerah Hot Papa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada Majlis Anugerah serta konsert yang telah dihoskan oleh Nabil dan Dira Abu Zahar itu turut menyaksikan penyanyi diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah mengungguli anugerah utama PPMH 2011/2012 iaitu Anugerah Ikon yang julung kalinya diadakan pada tahun ini.

Sementara itu, penyanyi berbakat besar, Yuna telah menerima Anugerah Harapan manakala Shahiezy Sam pula dinobatkan sebagai Selebriti Favourite.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain itu, Anugerah Selebriti Jelita dimiliki oleh Rozita Che Wan manakala Norman Hakim dan Fazura masing-masing menerima gelaran Anugerah Seksi Lelaki dan Wanita.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada masa yang sama, Stacy dan Nora Danish masing-masing telah mengungguli gelaran Selebriti Stylo dan Anugerah Hot Mama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mendapat tajaan daripada syarikat komunikasi DiGi, majlis sempena meraikan ulan tahun ke27 Majalah Hiburan No. 1 tanah air telah dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

Majlis juga telah dihadiri barisan artis tempatan seperti Fazura, Shaheizy Sam, Neelofa, Rozita Che Wan dan ramai lagi.





Berikut adalah keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan - Yuna

3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi

5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU

6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan

9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz

10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain

11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy

12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah

13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous

14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi

15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira

16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.