close button

close button

Buah Nanas Kembar Lebih 10 Biji Ditemui


Sebelum ini, blog Speaker Pecah ada memaparkan fenomena-fenomena pelik lagi menghairankan yang berlaku di Malaysia seperti pisang bertandan empat, ikan unik dan ikan bergigi manusia. Kali ini lain pula kisahnya. Seorang penduduk terkejut apabila pokok nanas dari Sawarak yang ditanamnya bersama jiran bersifat ganjil apabila mengeluarkan buah kembar sehingga melebihi 10 biji sau pokok.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Amin Jamal, 66, dari Kampung Pernu, berkata, dia mula menanam pokok berkenaan selepas memikirkan bersama jirannya jenis tanaman yang sesuai dan mudah dijaga, kira-kira dua tahun lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menanam nanas Sarawak dan sehingga kini terdapat lebih 20 pokok nanas di halaman rumahnya serta sudah merasai buah berkenaan bersama jiran-jiran.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Setakat ini, sudah tiga musim kami merasai hasil pokok itu tetapi tidak sangka pula buah nanas kali ini agak berlainan.

"Saya memang tidak pernah menemui buah nanas sebegini rupa, malah saudara-mara saya juga berkata demikian," katanya lagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Amin, dia mula menyedari keadaan rupa buah nanas itu sejak sebulan lalu dan memberitahu kejadian aneh itu kepada anak-anak dan isterinya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya bercadang sekiranya buah ini sudah cukup masak, saya akan membahagikan dengan jira-jiran lain supaya semua dapat merasai nikmat pemberian Allah ini," katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.