close button

close button

Apple Atasi Exxon Dengan Memiliki Wang RM1.26 trilion


NEW YORK - Apple sekali lagi memintas Exxon sebagai syarikat AS paling berharga selepas syarikat itu mencatat suku kewangan yang mengagumkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Harga saham Apple Inc. meningkat enam peratus dalam dagangan tengah hari kelmarin untuk diniagakan pada harga AS$445.29 (RM1,354.35) sesaham dengan modal pengilang gajet iPhone dan iPad itu kini mencecah AS$415 billion (RM1.26 trillion).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Angka itu jauh lebih besar daripada Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia yang berjumlah RM429.7 billion setakat 15 November tahun lalu.

Sementara itu, saham Exxon Mobil Corp. turun satu peratus kelmarin kepada AS$86.52 (RM263) sesaham manakala modal syarikat pula berjumlah AS$414 billion (RM1.21 trillion).

Apple pertama kali mengatasi Exxon Mobil sebagai syarikat paling bernilai pada Ogos tahun lalu dengan kedua-duanya bersaing sengit sejak itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa lepas, Apple memberitahu, pendapatan bersihnya bagi suku kewangan terbaru yang berakhir pada Disember tahun lalu meningkat lebih du kali ganda manakala perolehan syariakt pula melonjak 73 peratus.

Apple mengetepikan syariakt perisian komputer, Microsoft Corp. yang kini berada di tempat keiga dengan modal AS$247 billion (RM751.25 bilion) untuk menjadi sebuah syarikat terbesar AS pada 2010.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada suku kewangan yang sama, Apple turut menjual 5.2 juta unit komputer meja Macintosh, meningkat 26 peratus.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, jualan pemain muziknya, iPod menurun 21 peratus kepada 5.4 juta unit berbanding setahun lalu.

Sebelum ini, kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs selepas dia menghidap kanser pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun menimbulkan spekulasi bahawa jurutera-jurutera Apple gagal meneruskan legasi kejayaannya.

Tim Cook, 51, yang mengambil alih tugas Ketua Eksekutif Apple pada Ogos 2011 dalam satu kenyataan pada Selasa lepas bagaimanapun percaya kesinambungan tersebut akan dapat diteruskan.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.