close button

close button

Apex Hilang Dan Tidak Hadir Sesi Latihan ?



Ketiadaan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pada sesi latihan pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatihnya, ong Kim Swee.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tanpa sebarang alasan dan berita, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama, 5 Februari depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Kim Swee, beliau terkejut dengan ketiadaan Apex bagaimanapun enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi penjelasan.

"Apex tidak melaporkan diri dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadirkan diri. Dia dan Kafa tidak memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya hairan adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18 Januari lalu.

"Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil," katanya.

Bagaimanapun berdasarkan surat yang dihantar ke pihak persatuan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain Apex, lima lagi pemain luar dibenarkan pulang semula menyertai pasukan masing-masing sehari sebelum perlawanan liga Sabtu ini dan melaporkan diri semula pada Ahad.

Apa yang menjadi persoalan di sini, kenapa pemain lain mendapat pelepasan sedangkan Apex tidak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini kes pertama bagi saya di mana ada pemain tidak melaporkan diri sejak saya mengendalikan skuad Olimpik. Sebelum ini ada sekali Apex tidak datang kerana adiknya meninggal dunia, itu saya faham tapi kali ini saya tidak tahu apa alasannya.

"Saya sekarang cuma ada dua penjaga gol sahaja iaitu Mohd Izham Tarmizi dan Mohd Sharil Saari, jika seorang cedera pasti merumitkan saya. Saya perlu lihat perkara ini adakah saya perlu memanggil penjaga gol gantian," kata Kim Swee.

Skuad Olimpik akan mengadakan sesi latihan sebelum berlepas ke Manama 1 Februari ini, menentang Bahrain bagi saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik London.

1 komen:

  1. kan dah kata..sronok sambut besday ngn dahlia tek la tu..hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.