close button

close button

Ana Raffali Sah Nikah 25 Februari 2012 (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Khabar angin mengenai penyanyi popular dengan lagu "Hujan Bunga Di Kuala Lumpur", Ana Raffali yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga, akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sendiri mengesahkan akan bernikah dengan teman rapatnya sendiri iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada 25 Februari depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, dekat sini.

Majlis itu akan dimulakan dengan acara bertunangan pada jam 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majlis resepsi akan diadakan pada hari yang sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember lalu dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh pertunangan dan pernikahan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Nak diikutkan, kami ingin ,melangsungkan majlis perkahwinan pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak jadi masalah," kata Ana.

http://speakerpecah.blogspot.com


Difahamkan, Ana dan Naim telah berkawan sejak enam tahun lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Pada sidang media yang diadakan di PNB Darby Park, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka turut hadir.

Ana juga turut melancarkan single terbarunya yang berjudul "Lisa Jatuh Cinta" yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada majlis perkahwinan itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Menurut Ana, dia juga enggan mengadakan majlis secara besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan mahlis yang sederhana.

"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan hanya seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Apa yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan pengiraan yang dibuat, kemungkinan seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," katanya lagi.



Sumber: mStar Online

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.