close button

close button

30 Lelaki Pecah Cermin 28 Kereta

Penduduk melihat keadaan cermin kereta mereka yang dipecahkan 
sekumpulan lelaki awal pagi semalam.


SEREMBAN - Penduduk di kawasan perumahan Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam dikejutkan dengan tindakan sekumpulan lelaki memecahkan cermin kereta mereka akibat bengang selepas gagal mencari seorang penduduk di kawasan berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian yang berlkau pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi semalam apabila sekumpulan lelaki kira-kira dianggotai 30 orang yang bersenjatakan parang dan kayu mengamuk lalu memecahkan 28 jenis kereta yang diletakkan di sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seorang penduduk yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari oleh kumpulan terbabit.

Seorang penduduk, R. Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar untuk melihat apa yang terjadi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya terkejut apabila sekumpulan lelaki bertindak liar memecahkan kenderaan milik penduduk yang diletakkan di hadapan rumah mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut R. Parthiban, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan.

"Ketika itu, keadaan menjadi hura-hara dan saya melihat beberapa cermin kereta penduduk lain turut dipecahkan.

"Apabila abang saya menegur seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan, mereka terus mengertak kami supaya berdiam diri sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya.

Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan dilihat mula beredar meninggalkan kawasan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, penduduk terus membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Menurut Saiful, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.




0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.