close button

close button

1 Maut, 8 Cedera Dalam Kemalangan Van Terbalik


SEREMBAN - "Keadaan pada masa itu kelam-kabut. Kami memanggil antara satu sama lain," kata Suhana Sofia Omar, 27, salah seorang mangsa keamalangan membabitkan sebuah van terbalik di Kilometer 254.1 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Suhana berkata, sebaik sahaja van yang dinaikinya terbalik, dalam keadaan panik dan gelap, dia cuba untuk memanggil anak saudaranya, Danish Abdul Latif, 6, yang sudah tidak kelihatan pada masa itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya memanggil satu persatu penumpang dalam van, termasuklah Danish.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagaimanapun, saya langsung tidak mendengar sebarang sahutan daripada Danish sehinggalah saya berjaya merangkak keluar menerusi tingkap yang pecahdan mendapati Danish sudah pun terkulai akibat terhempap di bawah van," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, van dinaiki sembilan sekeluarga itu terbalik selepas terbabas menyebabkan kanak-kanak berkenaan meningal dunia akibat tercampak keluar dan dihempap van terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kemalangan itu turut menyebabkan ibu mangsa, Zurina Omar, 36, yang sedang hamil serta bapanya, Abdul Latif Rahim, 38, bersama enam lagi ahli keluarga, termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia satu dan 10 tahun cedera.

Menruut Suhana, ketika kejadian, dia sedang tidur di bahagian belakang van berkenaan.

"Saya mula terjaga apabila secara tiba-iba terasa van yang kami baiki sudah terbalik di sebelah kiri jalan," katanya lagi ketika ditemui Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Sementara itu, jurucakap polis berkata, Danish disahkan meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala lapan lagi penumpang lain hanya cedera ringan.

"Sewaktu kejadian, van jenis Joylong yang dipandu bapa mangsa dikatakan terbabas, sebelum terbalik di tepi longkang lebuh raya berkenaan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.